BISNES SHAKLEE
Berikut Q & A yang kerapkali diajukan.
APAKAH
SHAKLEE?
Shaklee merupakan
peneraju perniagaan dan pembuatan suplemen/ vitamin semulajadi terulung di
dunia, berusia lebih 55 tahun, dan lebih 30 tahun di Malaysia. Walaupun begitu, selain suplemen, Shaklee juga
mengeluarkan produk-produk lain. Boleh rujuk web Shaklee: https://www.shaklee.com.my
ADAKAH
SHAKLEE HALAL?
Ya. Produk
Shaklee Malaysia disahkan halal oleh Islamic Service of America yang merupakan
badan diiktiraf JAKIM
BAGAIMANA
SAYA BOLEH MENJALANKAN PERNIAGAAN SHAKLEE?
Keahlian seumur hidup Shaklee boleh didapati
dengan 3 cara :
1. Bayaran yuran RM80 (Semenanjung)/ RM90 (Sabah
& Sarawak)
2. PERCUMA dgn pembelian RM680 produk + *caj pos RM10 (Semenanjung)/ *RM20 (Sabah & Sarawak)
*TIADA caj penghantaran untuk pembelian produk
Vivix
3. PERCUMA dgn pembelian produk bernilai RM800
(Semenanjung)/ RM1000 (Sabah & Sarawak)
ADAKAH
KEAHLIAN SAYA BOLEH TAMAT TEMPOH?
Untuk memastikan keahlian kita aktif, kita perlu
membuat sekurang-kurangnya pembelian 1 produk dalam tempoh setahun. Contohnya, produk termurah di Shaklee adalah Zinc Complex (120 biji) = RM33.75. Beli
1 botol Zinc Complex pada tahun 2015, maka keahlian anda aktif untuk tahun
tersebut. TIADA bayaran untuk
memperbaharui keahlian, hanyalah pembelian 1 produk sahaja dalam tempoh
setahun.
BOLEHKAH
SAYA MEMULAKAN BISNES NI DENGAN MODAL 0?
Boleh. Kumpulkan
pesanan dari rakan, saudara atau pelanggan sehingga mencapai RM680 atau lebih, kami akan
daftarkan keahlian anda secara PERCUMA
BERAPAKAH
PEMBELIAN MINIMUM YANG PERLU SAYA BUAT SETIAP BULAN?
Di Shaklee, anda tidak dipaksa membuat belian
minimum untuk kesinambungan keahlian. Sekiranya
cukup minimum pembelian bulanan, anda layak mendapat cashback, jika tidak
cukup, anda tidak layak mendapat cashback, namun keahlian TIDAK terbatal.
BERAPAKAH
MINIMUM BELIAN UNTUK SAYA LAYAK MENERIMA BONUS?
Belian minimum bulanan untuk layak bonus
hanyalah lebih kurang RM480 sebulan. Anda
boleh menggunakan ID Shaklee anda untuk membuat belian, juga boleh berkongsi ID
anda dengan sahabat & saudara-mara.
BAGAIMANAKAH
CARA UNTUK SAYA MEMBUAT BELIAN?
Setelah mendaftar, gunakan ID anda untuk
menikmati PENJIMATAN harga & CASHBACK. Belian
produk Shaklee boleh dilakukan secara tunai, kad debit atau kad kredit
melalui :
1. Belian terus / walk in ke cawangan berdekatan
(Shaklee tiada stokis)
2. Pesanan melalui panggilan telefon
(menggunakan kad debit/ kad kredit sahaja)
3. Belian melalui webpage shaklee2u yang
dikhaskan kepada anda (menggunakan kad debit/ kad kredit sahaja)
* Bagi cara 2 & 3, produk akan dihantar
terus ke alamat anda dalam tempoh 1-4 hari bekerja. Caj pos akan dikenakan sebanyak RM10 (Semenanjung)/
RM20 (Sabah Sarawak) atau penghantaran percuma untuk pembelian produk Vivix
atau pembelian berjumlah RM800 (Semenanjung) / RM1000 (Sabah Sarawak)
APAKAH
WEBPAGE SHAKLEE2U?
Setelah mendaftar, anda akan menerima no keahlian
(ID) dan password, ia digunakan untuk mengakses webpage yang dikhususkan untuk
akaun anda di www.shaklee2u.com.my.
Di shaklee2u juga, anda boleh :
1. Membuat pembelian & barang dihantar terus
kepada anda atau customers
2. Menyemak ahli berdaftar di bawah anda
3. Mendaftar ahli baru
4. Mengetahui aktiviti terkini Shaklee Malaysia
5. Menyemak senarai belian bulanan atau bulan-bulan
sebelumnya
6. Mengetahu jumlah bonus yang bakal diterima
7. Menyemak jumlah points terkumpul dari
pembelian anda
PERLUKAH
SAYA MENYIMPAN STOK UNTUK PERNIAGAAN SAYA?
Ini adalah pilihan anda. Anda boleh menyimpan stok atau meminta Shaklee
mengepos terus kepada pelanggan anda setelah belian dibuat dengan ID anda
(sistem dropship)
BERAPAKAH
BONUS YANG SAYA BOLEH DAPAT DARI PERNIAGAAN INI?
Tiada jumlah tertentu yang boleh ditetapkan
untuk bonus anda. Ia bergantung kepada
usaha anda & keluasan rangkaian perniagaan anda. Bonus Shaklee boleh dinikmati serendah 2 angka
sehinggalah ke 6 angka, malah tiada had.
BAGAIMANAKAH
CARA BONUS SHAKLEE DIBAYAR KEPADA SAYA?
Anda boleh memilih untuk menerima bonus tunai
atau cek. Bonus tunai akan dikreditkan
terus ke akaun bank anda pada 14 haribulan setiap bulan. Contohnya, belian sepanjang Januari akan
dikira & bonus akan dikreditkan pada 14 Februari. Jika tidak, anda juga boleh memilih untuk
menerima cek berpalang. Shaklee akan
menghantar cek secara pos di hujung bulan/ anda mengambil sendiri cek di
cawangan Shaklee bermula 15hb - 18hb. setiap bulan
ADAKAH
GANJARAN LAIN SELAIN TUNAI?
Ya. Shaklee
menawarkan 3C - Cash, Car & Convention
1.
Cash - Ganjaran tunai meliputi:
# Bonus dari jualan kumpulan
# Untung runcit
# Bonus kepimpinan
# Insentif Coordinator (pangkat)
2.
Car
# Apabila kumpulan anda telah berkembang dan
mencapai jualan minimum yang ditetapkan, anda layak menerima tambahan 3%
daripada keseluruhan. Ini dikenali
sebagai insentif kereta. Shaklee
membayar secara tunai. Terpulang kepada
anda bagaimana untuk digunakan
3.
Convention
Selain mengumpul uv (unit value) bagi setiap
pembelian, anda juga berpeluang mengumpul mata untuk percutian dalam negara dan
antarabangsa. Mata dikira berdasarkan:
i ) Jualan kumpulan ; lebih kurang RM930
menyumbangkan 1 mata
ii) Pendaftaran ahli baru dengan pembelian RM650
; menyumbangkan 1mata
iii) Penghasilan leader baru. Seorang supervisor (dengan jualan RM9000
sebulan); 20 mata
iv) Kenaikan pangkat; ini ada jumlah tertentu
ikut jadual, semakin tinggi pangkat, semakin banyak mata
Percutian
ini terbahagi kepada 2 :
1. Percutian dalam negara
2. Percutian antarabangsa atau Umrah Ziarah bagi
Muslim Leader.
Umrah ditawarkan setiap tahun, destinasi
percutian lain adalah berbeza mengikut tahun.
JIKA SAYA MENYERTAI KELUARGA MOMMYBIZ NETWORK, ADAKAH SAYA PERLU
MENGHADIRI MESYUARAT PADA TEMPOH TERTENTU?
Tidak. Di Mommybiz Network, kami menjalankan
online coaching, secara berkumpulan/ individu. Perjumpaan offline ada dijalankan
sekali-sekala tetapi ia tidak diwajibkan. Kami mempunyai leaders dari setiap negeri di
Malaysia dan rata-ratanya berjaya hanya dengan online coaching individu dan
melalui support group Mommybiz Network kami.
BERAPA
LAMAKAH TEMPOH MASA UNTUK SAYA MENCAPAI BONUS 4-5 ANGKA?
Ia bergantung kepada usaha anda. Ada leader yang mencapai 4 angka selepas 1
bulan, 3 bulan, 1 tahun menyertai Shaklee. Ia bergantung kepada individu.
PERLUKAH
SAYA MENCARI DOWNLINES?
Permulaan bisnes Shaklee adalah perkongsian
kebaikan produk dari hati dan pengalaman anda sendiri. Tanpa downlines, anda juga boleh mencapai
pangkat supervisor & menikmati peratus bonus tertinggi iaitu 21%. Namun, sekiranya ada antara pelanggan yang
ingin menjadi ahli/ downline/ anak Shaklee anda, ini adalah peluang untuk anda
berkongsi ganjaran Shaklee dengan beliau.
Masih ada pertanyaan? Hubungi kami
Berminat??
=============================================================
PM FB PAGE saya
untuk detail lanjut SMS / WhatApps ke 011-1973 4252
=============================================================
Konsultasi dan
bimbingan disediakan untuk setiap pembelian dari saya.. Eksklusif tau
Tiada ulasan:
Catat Ulasan